LAWATAN KOIR PELAYANAN WANITA ZON KELAWAT KE GEREJA SDA RUKOM PITAS.

>> Saturday, May 11, 2013


27hb April 2013 : PITAS   Kumpulan Koir Pelayanan Wanita Zon Kelawat (D’ K Melodies)  telah melawat Gereja SDA Rukom Pitas.  Kumpulan Koir yang dipimpin oleh Puan Sally Bingku Lamam mempunyai anggota seramai 30 orang  yang mewakili 7 buah gereja  yang terdapat di Zon Kelawat. Semasa kumpulan ini melawat di Gereja SDA Rukom Pitas hanya 28 orang sahaja anggota kumpulan koir ini yang telah menyertai kumpulan ini melawat di sana.  Sebanyak enam lagu yang telah dinyanyikan oleh kumpulan ini, di mana empat lagu dinyanyikan secara koir,  satu lagu dinyanyikan secara Trio dan satu lagu  lagi dinyanyikan secara solo.
Kumpulan Koir Pelayanan Wanita Zon Kelawat ini baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun 2013. Lawatan ke Gereja SDA Rukom Pitas adaah merupakan lawatan pertama kumpulan koir ini sejak penubuhannya dalam usaha mengabarkan firman Tuhan melalui alunan suara dan senikata lagu lagu rohani kepada umat-umat Tuhan yang haus akan  firman Tuhan dan penghiburan melalui lagu-lagu rohani.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Pastor George Lamam Pendeta Daerah Kelawat dan Pastor Mansur Gingging Mantan Presiden Mision Sabah.

Kumpulan Koir D' K Melodies (Pelayanan Wanita Zon Kelawat)

Pr George Lamam Pendeta Daerah Kelawat menyampaikan Kotbah di Gereja SDA Rukom Pitas




Read more...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP