BANGUNAN KANDANG DOMBA YANG BARU

>> Wednesday, December 31, 2008

Bangunan Kandang Domba yang baru dengan keluasan 16 kaki x 20 kaki. Gambar ini diambil semasa gotong-royong pembinaan bagi bangunan ini. Pada ketika ini kandang domba ini sudah siap dalam 90 peatus dan sudah digunakan untuk le;as anak-anak Tuhan walaupun belum siap sepenuhnya.  Senario perancangan pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 2006 bila mana para pemimpin kelas tadika dan primary menyuarakan supaya anggota gereja memikirkan untuk membaik pulih kandang domba yang sudah uzur. Oleh itu pihak pentadbiran gereja telah bersetuju untuk mencari dana untuk membina kandang domba tersebut.  Antara inisiatif komiti gereja ialah:


1.  Anggota gereja menderma untuk tujuan pembinaan.
2.  Memohon derma dari anggota gereja dalam Zon 9 Kelawat.
3.  Memohon derma dari anggota gereja daerah Manggatal
4.  Memohon peruntukan dari Mission Sabah. (Peruntukan yang diluluskan oleh Misi Sabah ialah      RM4000.00 .

Pembinaan kandang domba ini dibuat secara gotong royong oleh anggota gereja. Kandang domba setakat ini sudah menelan belanja pembinaan kira-kira RM7000.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu) Kos sehingga siap sepenuhnya dianggarkan sebanyak RM9000.00
 

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP