JUMLAH ANGGOTA GEREJA

>> Monday, December 15, 2008

Gereja SDA Minonun setakat ini mempunyai jumlah anggota seramai 86 orang .  Gereja ini telah bermula dari Cabang Sekolah Sabat pada penghujung era 70an.  Cabang Sekolah Sabat diadakan di rumah mendiang Moduling Kula. Antara anggota awal yang bersabat di rumah mendiang ialah Mendiang  Moduling Kula dan Isterinya, Dumit Banati dan keluarganya, Sokong Mogiling dan keluarganya, Romponoo Bendah dan keluarganya, Dungkoling dan keluarganya, Mary Gabil, Sadiah Maradung.


Pada Tahun 1981 Cabang Sekolah Sabat di Minonun telah mendapat bangunan sendiri yang mana telah didirikan di tanah En Adum Banati.  Dan pada awal 90an Cabang sekolah Sabat sekali lagi mendapat peruntukan untuk membina Banguna Gereja yang baru di atas tanah En. Dumit Banati ketika itu, yang mana ketika ini tapak tersebut telah pun beliau serahkan kepada pihak mision Sabah.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP