AMARAN PADA ZAMAN AKHIR

>> Wednesday, June 10, 2009

Amaran pada Zaman Akhir [044]

(Edisi 1.1 19940730-19990724)

Allah tidak membinasakan umat manusia dengan tidak memberi amaran terlebih dahulu. Amaran ini dilaksanakan oleh hamba-hamba serta nabi-nabiNya. Amaran pada zaman akhir ini dilaksanakan melalui satu proses yang mana ianya dibentangkan dalam nubuatan. Proses ini telah diteliti.

Christian Churches of God

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ã 1994, 1998, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:

http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

Amaran pada Zaman Akhir [044]

Ianya satu kebutuhan Allah tidak memusnahkan umat manusia kecualilah mereka tahu bahawa perbuatan mereka itu salah. Ianya satu kebutuhan, oleh itu memberi amaran kepada mereka mengenai bahaya yang mengancam mereka. Allah melakukan ini melalui hamba-hambah serta nabi-nabiNya.

Amos 3:7 7 Sungguh, TUHAN Allah tidak berbuat sesuatu tanpa menyatakan keputusanNya kepada hamba-hambaNya, para nabi.

Adakalanya amaran ini mengambil jangka masa pendek seperti yang terjadi pada nabi Yunus, dimana amaran diberikan dalam masa tiga hari dan masa yang diberikan kepada Niniwe untuk bertobat ialah empat puluh hari, dan mereka telah bertobat. Keseluruhan proses nubuatan ini serta kepentingan pada tanda Yunus telah dihurai dalam tulisan Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]. Adakalanya proses ini mengambil jangka masa yang panjang, dengan kesabaran pada penderitaan yang memanjang seperti disebut dalam Nehemiah 9:30.

Nehemia 9:30 30 Namun bertahun-tahun lamanya Engkau melanjutkan sabarMu terhadap mereka. Dan dengan RohMu Engkau memperingatkan mereka, yakni dengan perantaraan para nabiMu, tetapi mereka tidak menghiraukannya.

Allah tidak mengadakan proses zaman akhir sehingga Dia memberi amaran kepada bangsa-bangsa yang terlibat. Kadangkala ini dilakukan dengan cara membawa perhatian bangsa-bangsa kepada erti nubuatan yang diberi lama dahulu yang mana tidak dapat difahami sejak itu.

Tanggungjawab untuk memberi amaran ini tidak hanya terletak pada Tuhan sendiri yang muncul dalam penglihatan hamba-hambaNya. Dengan sebab inilah umat pilihan menjadi pelayan kepada rahsia Allah (1Kor 4:1-2). Dia menyatakan maksud nubuatan kepada mereka melalui Roh Kudus semasa mereka melihat ke atas.

Proses amaran ini telah dinyatakan kepada hamba-hambaNya melalui petikan dalam Yehezkiel bab 3 dan 33. Yehezkiel telah diutus untuk menemui Kaum Israel. Dia sebenarnya diutus untuk pergi ke sungai Kebar (Yeh 3:15) berbeza dengan Kebar dalam ayat 1:3, dimana dia menyatakan penglihatannya. Dia telah diutus ke cabang sungai Euprates, 45 batu dari Babel. Daripada ayat-ayat ini ianya boleh diandaikan bahawa dia telah diutus untuk pergi kepada Kaum Israel yang pada masa itu berada di tengah-tengah orang-orang Babel semasa penaklukan. Inilah yang dinyatakan oleh Judaism moden. Bagaimanapun, misi Yehezkiel adalah untuk seluruh Kaum Israel dan tidak ada keraguan bahawa pengerahan buku Yehezkiel hanya berakhir kepada Kaum Israel, termasuk umat-umat pilihan dari semua bangsa, tetapi yang lebih utama lagi ialah bagi Israel fizikal. Tanggungjawab hamba-hamba Allah ialah mengetahui kehendak Allah, iaitu hukum dan konsekwensinya yang disebabkan oleh pelanggaran hukum tersebut (lihat Yeh 3:17-27).

Yehezkiel 3:17-27 17 Hai anak manusia, Aku telah menetapkan engkau menjadi penjaga kaum Israel. Bilamana engkau mendengarkan sesuatu firman daripadaKu, peringatkanlah mereka atas namaKu. 18 Kalau Aku berfirman kepada orang jahat: engkau pasti dihukum mati! – dan engkau tidak memperingatkan dia atau tidak berkata apa-apa untuk memperingatkan orang jahat itu dari hidupnya yang jahat, supaya ia tetap hidup, orang jahat itu akan mati dalam kesalahannya, tetapi Aku akan menuntut pertanggungan jawab atas nyawanya daripadamu. 19 Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang jahat itu dan ia tidak berbalik dari kejahatannya dan dari hidupnya yang jahat, ia akan mati dalam kesalahannya, tetapi engkau telah menyelamatkan nyawamu. 20 Jikalau seorang yang benar berbalik dari kebenarannya dan ia berbuat curang, dan Aku meletakkan batu sandungan di hadapannya, ia akan mati. Oleh kerana engkau tidak memperingatkan dia, ia kan mati dalam dosanya dan perbuatan-perbuatan kebenaran yang dikerjakannya tidak akan dingat-ingat, tetapi Aku akan menuntut pertanggungan jawab atas nyawanya daripadamu. 21 Tetapi jikalau engkau memperingatkan orang yang benar itu supaya ia jangan berbuat dosa dan memang tidak berbuat dosa, ia akan tetap hidup, sebab ia mahu menerima peringatan, dan engkau telah menyelamatkan nyawamu. 22 Maka di sana kekuasaan TUHAN meliputi aku dan Ia berfirman kepadaku: Bangunlah dan pergilah ke lembah, di sana Aku akan berbicara dengan engkau. 23 Aku bangun dari pergi ke lembah; sesungguhnya di sana kelihatan kemuliaan TUHAN seperti kemuliaan yang telah kulihat di tepi sungai Kebar, dan aku sujud. 24 Tetapi masuklah Roh ke dalam aku dan ditegakkannya aku, lalu Ia berbicara dengan aku, kataNya: pergilah pulang, kurunglah dirimu di dalam rumahmu. 25 dan engkau anak manusia, sesungguhnya, engkau akan diikat dengan tali dan dibelenggu, sehingga engkau tidak bisa keluar masuk di tengah-tengah mereka. 26 Dan Aku akan membuat lidahmu melekat pada langit-langitmu, sehingga engkau menjadi bisu dan tidak akan menempelak mereka, sebab mereka adalah kaum pemberontak. 27 Tetapi jikalau Aku berbicara dengan engkau, Aku akan membuka mulutmu dan engkau akan mengatakan kepada mereka: Beginilah firman TUHAN Allah. Orang yang mahu mendengar, biarlah ia mendengar, dan orang yang mau membiarkan, baiklah membiarkan, sebab mereka adalah kaum pemberontak.

Proses dalam buku Yehezkiel berkembang dari tugasan sewaktu zaman sistem pemerintahan babilon sehingga kepada kemusnahan sistem dunia pada pengakhiran jangka masa yang dikenali sebagai masa bagi orang-orang jahil. Rentetan kejadian ini berkembang kearah masa si penjaga dalam bab 33. Zaman sebelum ini adalah masa yang dicakupi oleh nubuatan mengenai kejatuhan Mesir. Zaman kejatuhan ini merupakan pokok pelajaran dalam tulisan Kejatuhan Mesir [036]: Nubuatan tentang Tangan Firaun yang Patah.

Rujukan telah dibuat kepada tulisan-tulisan dari petikan dalam Yeremia 4:15 dan ayat-ayat selepasnya. Ayat dalam Yeremia 4:15-16 mengandungi perkataan yang agak membingungkan.

Yeremia 4:15-16 15 Dengar, orang memberitahu dari Dan, mengabarkan malapetaka dari pergunungan Efraim. 16 Peringatkanlah kepada bangsa-bangsa: Sunguh Dia datang! Kabarkanlah di Yerusalem: Pengepung datang dari negeri yang jauh, memperdengarkan suaranya terhadap kota-kota Yehudi.

Catatan ulasan Alkitab New Oxford mengenai hal ini serta ayat-ayat yang berikutnya:

13-18: Dengan tangkas seperti helang dan angin badai, kereta pertempuran serta kavaleri musuh menghampiri. Ancaman menyusuli dari Dan (8.16), melalui pergunungan Efraim (Bahagian tengah Palestin), Benjamin (6.1) kearah kota-kota Yehudah.

19-22: Walaupun orang-orang itu dungu serta bodoh (5.2-3), nabi meratapi malapetaka yang mendadak dimana telah memusnahkan negeri yang dicintainya sama seperti serangan terhadap khemah (10.19-21).

23-28: Dalam penglihatan, nabi melihat akibat dari penghakiman Tuhan yang mengerikan (7.16; 15.1-4). Sama seperti dibentur dengan bom nuclear yang dahsyat, bumi akan kembali kepada keadaannya yang mula-mula: tidak berbentuk dan kosong (Kej 1:2).

29-31: Sama seperti pelacur yang disisi (3.2-3), seperti wanita yang menderita bersalin, seperti mangsa yang tak berdaya di hadapan musuhnya, Yerusalem, merupakan puteri Sion, meregangkan tangannya dengan ratapan sia-sia dan menderita pada kematiannya- sendirian.

Rujukan mengenai senjata-senjata nuclear bukan secara kebetulan dicoret oleh pena.

Komentator mengetahui bahawa pada masa itu, Yerusalem bersendirian kerana Israel telah ditawan pada 722 BCE. Dan serta Efraim telah dihuni oleh peminjam asing yang tidak akan, dan tidak pernah membantu atau memberi amaran apa-apa kepada Yehuda. Orang-orang ini adalah musuh kepada Yehuda dan terus menjadi musuh mereka sesudah pembuangan, semasa bait Suci dipulihkan kembali yang disebut dalam Ezra, Nehemiah, Hagai, dan Zakaria. Nubuatan ini mempunya dua applikasi.

Kepentingan Yeremiah ialah ia menghubungkan penguasaan sehingga kepada kemusnahan bait suci, dimana pengerahannya berakhir dalam kemusnahan bait suci, iaitu umat pilihan. Umat pilihan tidak boleh dibinasakan dalam hal ini, mereka telah tersebar, ramai yang telah dibunuh. Inilah aktiviti yang melibatkan Yehezkiel dari bab 34 selepas proses mengenai penjaga dalam bab 33. Rentetan peristiwa ini seharusnya boleh dilihat dari masa-masa akhir bagi orang-orang jahil, kejatuhan akhir bagi Mesir, pemusatan kuasa Timur-Tengah, dan sekarang kita boleh melihat muncul bersama-sama sebagai ahli-ahli fundamental Islam. Ini telah terhimpun untuk melepaskan keempat malaikat yang terikat di sungai Efrait (Wah 9:15) untuk peperangan akhir zaman, supaya membunuh sepertiga umat manusia. Proses ini diterangkan dalam tulisan Kejatuhan Mesir [036]: Nubuatan tentang Tangan Firaun Yang Patah.

Ilmu pengetahuan secular moden cuba untuk mengurangkan kuasa serta lapangan bagi nubuatan Alkitab dengan mengasingkan rujukan aplikasi kegenapan bagi pencerobohan awal orang-orang Babel. Perdebatan tradisi mengenainya ialah suku kaum daerah utara Dan dipercayai terlebih dahulu diceroboh, selepas itu Efraim dan seterusnya. Masalah senario ini ialah ketika nubuatan ini ditulis, suku kaum daerah utara sudah berada dalam tawanan dan diluar Araxes, dibawa ke sana oleh orang-orang Asyur. Salmaneser (724-721 BCE) telah menakluki suku kaum di daerah utara pada 722 BCE dan menempatkan semula penghuninya dari Kuta, Babilon, Hamat serta bahagian-bahagian lain (contoh Medes) (lihat Interpreter Dictionary of the Bible, Vol 4, p. 191). Salmaneser menakluki Israel pada 722 BCE.

Tetapi pembuangan besar terjadi dibawah pemerintahan Saigon II (McEvedy The Century World History factfinder, 1984, p. 20). Dan serta Efraim telah hilang pada ketika pencerobohan orang-orang Babel. Lagipun, adalah tidak benar mengatakan bahawa daerah Dan serta Efraim telah dihuni oleh orang-orang Israel – ini tidak benar. Bagi pandangan orang-orang Samaria pula, mereka telah mendiami tempat tersebut pada 722 BCE tetapi sebagai orang-orang Israel yang sah, mereka telah dipulangkan kembali selepas 55 tahun iaitu pada 667 BCE.

Justru itu, orang-orang Samaria menuntut sebagai keturunan dari pribumi orang-orang Israel, bercampur dengan suku kaum tersebut sebagai kaedah yang sengaja diadakan bagi tujuan penempatan politik. Orang-orang Samaria menuntut sebagai wakil yang sah, menafsirkan perkataan-perkataan dalam buku Ulangan 12:5 sebagaimana Tuhan memilih Gunung Gerizim, mengubah Ulangan 27:4 dengan kutukan dari Gunung Ebal dan berkat dari Gunung Gerizim. Bagi orang-orang Samaria, ayat-ayat hukum sepuluh mereka telah digubah secara sintetis dari Ulangan 27:2-8 dan 11:30 menunjukkan bahawa pengorbanan berlaku di atas gunung itu. Justru, pandangan orang-orang Samaria ialah mereka dikembalikan pada 667 BCE dan menjadi penghuni Israel pada masa itu. Tetapi bagi pandangan orang-orang Yahudi pula, mereka bukan dan tidak pernah menjadi orang Israel. Yahuda tidak boleh memiliki kedua-duanya. Sama ada Israel tidak berada di sana beserta nubuatan mengenai akhir zaman atau Israel berada di sana dan orang-orang Samaria adalah orang-orang Israel dengan berkat yang sebenar.

Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa orang-orang Samaria mewarisi berkat dari Efraim dan Manaseh. Tindakan tegas Kristus membicarakan ini menunjukkan Dia tidak menganggap mereka sebagai orang-orang Israel. Lagipun terjemahan buku Dead Sea Scrolls (Gulungan Laut Mati) menunjukkan bahawa masyarakat Yahudi ketika zaman Kristus yakni Efraim dan Manaseh dipisahkan dan menjadi bangsa yang berkuasa pada zaman akhir. Tetapi orang-orang Samaria tidak berkuasa. Sepuluh suku kaum yang hilang itu dibawa ke daerah utara oleh Araxes dan tidak ada bukti dalam Alkitab bahawa mereka wujud pada zaman Yeremia dan zaman pembuangan di Babel. Yeremia juga menegaskan demikian. Dia mengatakan bahawa Allah akan melemparkan Yahuda seperti semua keturunan Efraim, telah Dia lemparkan (Yer 7:15). Lagipun Yeremia 4:23 dan ayat-ayat seterusnya menguraikan secara terperinci mengenai zaman akhir dan pemencilan bumi serta semua kota-kotanya. Nubuatan ini menjadi satu dasar penting bagi penganut Seventh-Day Adventist dalam pandangan mengenai kegairahan Sorga serta teori mengenai pemencilan bumi selama seribu tahun. Mereka telah salah. Mereka telah mengabaikan ayat 27 yang mengatakan Allah tidak akan membuatnya habis lenyap. Walaubagaimanapun tidak ada percekokan bahawa Yeremia 4 mempunyai aplikasi peristiwa-peristiwa akan datang. Yeremia telah menghasilkan rangkanya serta memperlihatkan pengembangan aplikasinya dari kejatuhan Yahuda dibawa orang-orang Babel sehingga pembentukan semula pada zaman akhir. Oleh itu, nubuatan-nubuatan ini menghubungkan ke masa yang lain dimana kita akan menyerapkannya dari nubuatan-nubuatan Alkitab. Maksud pernyataan dalam Yeremia 4:15 ialah Allah akan berbicara melalui orang-orang Efraim dan bukan kepada Yahuda pada zaman akhir nanti, justru menamatkan kependetaan. Ini adalah satu fakta bahawa Kristus akan menamatkan kependetaan dan menggantikannya dengan satu bangsa yang menghasilkan buah.

Seterusnya Yeremia melihat kegagalan Israel mengindahkan amaran dari hamba-hambaNya. Jemaat di Laodakia mengibaratkan keadaan ini pada zaman akhir, dimana tidak mahu mendengar dan juga bersikap terlalu angkuh serta membenarkan diri sendiri. Mereka ini akan dimuntahkan oleh Allah dari mulutNya (Wah 3:14-22). Perhatikan komentar-komentar yang ditujukan kepada Laodakia. Kristus berdiri di pintu dan mengetuk. Kedatangan Mesiah untuk empat jemaat yang terakhir ini lebih awal. Pada Laodakia, Dia sudah ada di pintu. Bagaimanapun, keempat-empat mereka hadir ketika Dia datang. Dia mengutus hamba-hambaNya untuk pergi kepada orang-orang Laodakia tetapi mereka tidak mendengar. Bukan sahaja ketua-ketua diantara orang-orang Laodakia yang gagal, tetapi juga umat-umat pilihan pada setiap peringkat juga gagal untuk bertindak menurut sesuai dengan tanggungjawa yang terdapat dalam Yehezkiel 3 dan 33. Mereka memegahkan diri serta bersikap terlalu kebendaan dan tidak memahami ketelanjangan mereka. Fikirkanlah bagaimana umat-umat pilihan ini dihakimi akibat kemegahan diri mereka sendiri selama lima puluh tahun yang terakhi.

Yeremia meninjau proses amaran ini diberikan kepada umat manusia dalam beberapa pernyataan penting.

Yeremia 7:25-28 berkata:

Yeremia 7:25-28 25 dan sejak waktu nenek moyangmu keluar dari tanah Mesir sampai waktu ini, Aku mengutus kepada mereka hamba-hambaKu, para nabi, hari demi hari terus-menerus, 26 tetapi mereka tidak mendengarkan kepadaKu dan tidak mahu memberi perhatian, bahkan mereka menegarkan tengkuknya, berbuat lebih jahat daripada nenek moyang mereka. 27 Sekalipun engkau mengatakan kepada mereka segala perkara ini, mereka tidak akan mendengarkan perkataanmu, dan sekalipun engkau berseru kepada mereka, mereka tidak akan menjawab engakau. 28 Sebab itu, katakanlah kepada mereka: Inilah bangsa yang tidak mahu mendengarkan suara TUHAN Allah mereka, dan tidak mahu menerima pengajaran! Ketulusan mereka sudah lenyap, sudah hapus dari mulut mereka.

Justru itu, kesudahan kepada sikap Israel yang tidak menurut serta angkuh itu adalah kebenaran. Situasi ini akan timbul pada zaman akhir bersama dengan jemaat Laodikia. Jemaat ini tidak diyakinkan oleh kebenaran, begitu juga didalam penginjilannya atau diantara saudara-saudaranya secara umum.

Pernyataan Yeremia ini bermula di Yerusalem, ke Yahuda dan kemudiannya ke Israel secara umum. Pernyataan ini sekali lagi dipetik dalam Yeremia 25:4-6.

Yeremia 25:4-6 4 Juga TUHAN terus-menerus mengutus kepadamu semua hambaNya, yakni nabi-nabi, tetapi kamu tidak mahu mendengarkan dan memperhatikannya. 5 Kata mereka: bertobatlah masing-masing kamu dari tingkah lakumu yang jahat dan dari perbuatan-perbuatanmu yang jahat; maka kamu akan tetap diam di tanah yang diberikan oleh Tuhan kepadamu dan kepada nenek moyangmi, dari selama-lamanya sampai selama-lamanya. 6 Juga janganlah kamu mengikuti allah lain untuk beribadah dan sujud menyembah kepadanya; jangan kamu menimbulkan sakit hatiKu dengan buatan tanganmu, supaya jangan Aku mendatangkan malapetaka kepadamu.

Pernyataan ini diulang dalam Yeremia 35:15. tetapi beza yang terdapat dalam ayat ini ialah terdapat segelintir kecil umat sisa yakni keturunan Rekhab, yang menuruti perintah yang diberikan bapa leluhurnya dan perintah dari Allah. Mereka akan mendapat upah. Konsep ini juga diulang dalam buku Son of Zadok (Anak Zadok) dimana mereka adalah kumpulan minoriti umat pilihan yang setia pada zaman akhir nanti. Konsep ini membentuk dasar pada masyarakat Qumran dan juga Dead Sea Scrolls (Gulungan Laut Mati).

Komentar yang mengatakan bahwa Allah mengutus nabi-nabiNya pada awal pagi tidak bererti Allah itu bangun awal pagi. Pernyataan ini bererti Allah mengutus hamba-hambaNya dengan masa yang mencukupi untuk melakukan tugas dan pertobatan. Tetapi mereka tidak mendengar (Yer 25:7 dan ayat-ayat seterusnya) dan mereka tidak akan mendengar (Yes 26:15-18)

Pernyataan ini diulang dalam Yeremia 26:3-6.

Yeremia 26:3-6 3 Mungkin mereka mahu mendengarkan dan masing-masing mahu berbalik dari tingkah lakunya yang jahat sehingga Aku menyesal akan malapetaka yang Kurancangkan itu terhadap mereka oleh kerana perbuatan-perbuatan mereka yang jahat. 4 Jadi katakanlah kepada mereka: Beginilah firman TUHAN: Jika kamu tidak mahu mendengarkan Aku, tidak mahu mengikuti TauratKu yang telah kubentangkan dihadapanmu, 5 dan tidak mahu mendengarkan perkataan hamba-hambaKu, para nabi, yang terus menerus Kuutus kepadamu, - tetapi kamu tidak mahu mendengarkan – 6 maka Aku akan membuat rumah ini sama seperti Silo, dan kota ini menjadi kutuk bagi segala bangsa di bumi.

Silo adalah tempat diamana Tuhan menempatkan namaNya pada mula pertama (lihat Ul 12:5,11 dipetik dari 1 Sam 4:4) tetapi Allah membinasakannya kerana kejahilannya (Yer 7:12). Pernyataan ini ditujukan kepada umat pilihan, bahawa sekiranya Allah tidak memaafkan tempat kediamanNya sendiri, apakah kesudahan bangsa itu sendiri. Perhatikan juga konsep dimaafkan dari pertobatan melalui amaran awal. Perkara ini menekankan betapa pentingnya tugasan hamba-hamba Tuhan yang menepati waktu. Yeremia 29:18-19 juga mengandungi konsep memberi amaran kepada bangsa.

Yeremia 29:18-19 18 Aku akan mengejar mereka dengan pedang, kelaparan dan penyakit sampar, dan Aku akan membuat mereka menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi, menjadi kutuk, kedahsyatan, suitan dan aib diantara segala bangsa kemana mereka Kuceraiberaikan, 19 sebagai ganjaran bahawa mereka tidak mendengarkan perkataanKu, demikianlah firman TUHAN, yang telah Kusampaikan kepada mereka terus-menerus dengan perantaraan hamba-hambaKu, yakni para nabi; tetapi kamu tidak mendengarkannya, demikianlah firman TUHAN.

Perhatikan fakta bahawa hukuman yang disebut disini sama dengan meterai kedua, ketiga dan keempat dalam Wahyu 6. Justru, zaman akhir merupakan satu aplikasi dan juga bukti.

Ulasan ini juga boleh dilihat dalam Yeremia 44:4-5.

Yeremia 44:4-5 4 Terus-menerus Aku telah mengutus kepadamu semua hambaku, para nabi, dengan mengatakan: janganlah hendaknya kamu melakukan kejijikan yang Aku benci ini! 5 Tetatpi mereka tidak mahu mendengarkan dan tidak mahu memperhatikan supaya berbalik dari kejahatan mereka dan tidak membakar korban lagi kepada allah lain.

Hukum adalah ikatan ketetapan yang Tuhan gunakan untuk mengendalikan umat pilihan dan juga terhadap bangsa-bangsa. Tema ini dipetik juga dalam Zakaria 1:4-6.

Zakaria 1:4-6 4 Janganlah kamu seperti nenek moyangmu yang kepadanya para nabi yang dahulu telah menyerukan, demikian: berbaliklah dari tingkah lakumu yang buruk dan dari perbuatanmu yang jahat! Tetapi mereka tidak mahu mendengarkan dan tidak mahu menghiraukan Aku, demikianlah firman TUHAN. 5 Nenek moyangmu, dimanakah mereka? Dan para nabi, apakah mereka hidup untuk selama-lamanya? 6 Tetapi segala firman dan ketetapanKu yang telah Kuperintahkan kepada hamba-hambaKu, para nabi, bukankah itu telah samapai kepada nenek moyangmu? Maka bertobatlah mereka serta berkata: Sebagaimana TUHAN semesta alam bermaksud mengambil tindakan terhadap kita sesuai dengan tingkah laku kita dan perbuatan kita, demikianlah Ia mengambil tindakan terhadap kita!

Kesudahannya ialah akan ada kegagalan untuk bertobat. Tetapi Allah akan menyelamatkan umat-umat kita sekiranya kita melakukan kerja dengan rajin dan mereka akan bertobat. Banyak beban yang akan kita hadapi. Allah tidak mungkin meletakkan tuntutan ini di pintu kita.

Aku melayangkan pandanganKu, tidak ada yang menolong; Aku tertegun, tidak ada yang membantu; lalu tanganKu memberi Aku pertolongan, dan kehangatan amarahKu, itulah yang membantu Aku.

Petikan ini diambil dari Yesaya 63:1-8 dan berbentuk Mesianik. Ayat-ayat ini merujuk perihal keselamatan Israel kerana mereka tidak akan berdusta. Kecintaan mereka terhadap kebenaran akan dikembalikan kepada mereka.

Bagaimanapun, apabila Mesiah tiba, bukanlah melalui pekerjaan gereja yang menyebabkan dunia ini terselamat atau malah kejayaan yang samar-samar. Mereka akan mengabarkan injil Kerajaan Allah. Kemudian kesudahannya akan tiba. Bagaimanapun Yesaya 26:15-21 menunjukkan pekerjaan Israel fizikal dan spiritual.

Yesaya 26:15-21 15 Ya TUHAN, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah-tambah, ya, membuat bertambah-tambah umat kemuliaanMu; engkau telah sangat memperluaskan negerinya. 16 Ya TUHAN, dalam kesesakan mereka mencari Engkau; ketika ajaranMu menimpa mereka, mereka mengeluh dalam doa. 17 Seperti prempuan yang mengandung, yang sudah dekat waktunya untuk melahirkan, menggeliat sakit, mengerang kerana sakit beranak, demikianlah tadinya keadaan kami dihadapanMu, ya TUHAN: 18 Kami mengandung, kami menggeliat sakit, tetapi kami seakan-akan melahirkan angin: kami tidak dapat mengadakan keselamatan di bumi, dan tiada lahir penduduk dunia. 19 Ya, TUHAN, orang-orang Mu yang mati akan hidup pula, mayat-mayat mereka akan bangkit pula, hai orang-orang yang sudah dikubur dalam tanah, bangkitlah dan bersorak-sorai! Sebab embun TUHAN ialah embun terang, dan bumi akan melahirkan arwah kembali. 20 Mari bangsaKu, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya TUHAN mahu keluar dari tempatNya, untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya. Tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.

Ayat ini telah diteliti dengan lebih terperinci dalam tulisan Kejatuhan Mesir: Nubuatan Tangan Firaun yang Patah [036].

Perkara yang lebih menarik disini ialah ayat ini berbentuk Mesianik serta berhubungan dengan zaman akhir dan pengasingan umat pilihan semasa zaman kegelapan. Pernyataan ini berhubungan dengan kecelakaan di bumi selepas hamba-hamba Allah dimeteraikan (Wah 7:3).

Pertama sekali, umat pilihan akan dibawa keluar, dipanggil serta dikuatkan dalam Roh.

Kemudian, selepas penganiayaan zaman akhir, mereka akan diasingkan sewaktu kedatangan Mesiah supaya dunia ini akan dibawa kepada pertobatan.

Kepentingan proses ini ialah kita diharapkan berbuat segala yang kita mampu, kelak masih tidak dapat membawa dunia ini bertobat. Bagaimanapun, sama ada bangsa ini berhadapan dengan segala kekelutan atau sama ada hanya satu bangsa sahaja atau Israel sendiri sahaja yang dibawa kepada pertobatan dan diselamatkan adalah bergantung dengan apa yang kita lakukan. Kita tidak dihakimi dengan kejayaan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan. Ianya bergantung kepada keadaan rohani kita. Dengan ini, tidak ragu lagi bahawa kita mempunyai tugas yang harus dilakukan dan yang terbesar ialah keadaan rohani kita.

Sesungguhnya, pembatalan tulisan nubuatan ini tidak boleh diterima yang mana dikatakan tidak mempunyai aplikasi kepada masa zaman akhir, sedangkan ianya sangat cocok dengan corak peristiwa yang membawa kepada zaman Milenium. Sekiranya komentar duniawi diambil kira, maka seluruh isi Alkitab boleh dibuka kerana semuanya sudah terjadi beberapa abad dahulu dan tidak lagi ada kena-mengena dengan masa zaman akhir. Alkitab menafsirkan isi kandungannya dan kita mempunyai tanggungjawab untuk menjadi pelayan-pelayan kepada mistri-mistri Allah dengan tekun.

Injil mengenai Kerajaan Allah ini diajar melalui teladan dalam hidup sehari-hari dan langsung dari nubuatan. Mereka pergi tangan dengan tangan, tidak boleh dipisahkan dalam melaksanakan tugas-tugas kita. Sekiranya kita cuba batalkan tulisan nubuatan, sama seperti kita menghindari diri kita dari tugasan ini dengan kasar. Sekiranya kita hanya ingin memberitakan sesuatu dengan lancar pada masa sekarang, tanpa ancaman penganiayaan, bagaimana mungkin kita boleh bertahan apabila Yordan dilanda banjir. Sekiranya kita tidak dapat berlawan dengan orang yang berjalan kaki bagaimana mungkin kita memacu kuda sewaktu pencubaan.

Yeremia 12:5 5 “Jika engkau telah berlari dengan orang yang berjalan kaki, dan engkau telah dilelahkan, bagaimana engkau hendak berpacu melawan kuda? Dan jika di negeri yang damai engkau tidak merasa tenteram, apakah yang engkau perbuat di hutan belukar sungai Yordan?

Ketika ini, Umat pilihan berada dalam masa-masa yang paling selamat, secara relatip berada dalam lingkungan bangsa yang berbahasa Inggeris. Namun kita tidak melakukan apa-apa dan lantas jatuh. Kita dikecewakan oleh beberapa perkara yang remeh-temeh serta beban sesama sendiri yang seharusnya tidak kita pikul. Ingat bahawa ayat dalam Yeremia 12:6 mengatakan:

Yeremia 12:6 6 Sebab saudara-saudaramu dan kaum keluargamu, mereka sendiri juga berbuat khianat terhadap engkau; mereka juga bersama-sama di belakangmu, janganlah percaya kepada mereka, sekalipun mereka berkata manis kepadamu!

Bercakap perkara yang senang memang muda. Mendekati saudara anda lebih susah. Mendekati saudara orang lain mungkin boleh membuat anda mati. Kita harus belajar memacu bersama kuda-kuda sewaktu Yordan dilanda banjir nanti.

Peribahasa bagi seorang askar ialah, sewaktu anda berlatih anda berlawan. Ini tidak mempunyai beza dengan kerumitan dalam peperangan. Setan akan berlawan dengan menggunakan segala senjata dalam angkatannya. Kita mempunyai Roh Kebenaran serta perkataan Tuhan. Sekarang kita mesti bersedia untuk memahami mistri-mistri Allah kerana kehidupan kita bergantung kepadanya. Kehidupan kita mungkin sangat selesa, tetapi ramai diantara orang-orang dalam bangsa kita yang perlu mengetahui mistri-mistri Allah sementara mereka dibawa kepada pertobatan.

Baru-baru ini, seorang pengawai dari gereja lain mengatakan: Jemaat-jemaat Allah Al-Masehi adalah tempat dimana perkataan Tuhan diberitakan – Satu-satunya cahaya yang berkelip dalam kegelapan laut. Dia mengatakan perkataan Allah tidak akan kembali dengan sia-sia (Yes 55:11). Teruskan kerja yang baik dan bantulah antara satu dengan yang lain. Janganlah kecewa kerana ini merupakan senjata kepada musuh.

Tugas yang seterusnya adalah penjelasan mengenai kesudahan akhir bagi orang-orang jahil dan persediaan untuk peperangan yang sudah menghampiri kita. Diberi amaran bererti diberi senjata. Persediaan kita bukan dari segi perlengkapan-perlengkapan fizikal. Kita harus perlengkapkan pengertian kita. Israel telah dipelihara dari menghadapi kekalahan sepanjang masa di padang belantara. Apabila tiba masa untuk memasuki Israel, musuh telah dikalahkan. Begitu juga yang terjadi dengan kita.

Sehingga masa itu tiba, kita akan dijaga oleh Tuhan. Bukan diselimutkan oleh buluh domba, tetapi sebagai askar-askar Allah yang hidup.

0 comments:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP